Pages

Thursday, February 11, 2010

Soal Hati Ep 2

Bab 2

Sudah hampir tiga hari, aku tidak berhubung dengannya. Kejadian di restoran tempoh hari betul-betul mengusik hatiku. Patutlah panggilanku tidak berjawab, patutlah SMSku tidak berbalas. Terasa diriku seakan di permainkan, di pergunakan olehnya. Mungkin benar kata Ika, aku hanya teman di kala dirinya kesunyian, di saat hatinya di hinggap rasa sepi. Jadi, masihkah aku ingin terus bertahan dan terus di perlakukan seperti manusia yang tiada perasaan. Panggilannya yang masuk ku biarkan. Sengaja nada dering ku setkan kepada silent mode.
Aku telah tahu hakikatnya tapi kenapa hatiku tetap terasa pedihnya. Ya Allah, inikah balasanku kerana aku tega menyakitkan hati perempuan lain. Ya Allah, engkau jua yang hadirkan perasaan ini dalam hatiku, engkau jua yang berhak matikannya.
”Ain,”Ika berdiri di pintu bilikku dengan hanset di tangannya. Bibirnya mengungkapkan nama Hakim. Aku mengelengkan kepala, isyarat tidak mahu menerima panggilan itu. Dahinya berkerut. Pelik dengan sikapku agaknya. Tapi dia tetap akur.
”Sorry,kim. Ika tidurlah. Hm, ok,nanti I beritahu dia. Ok, bye,”Ika merenungku tajam. Dan aku tahu dia meminta aku memberinya penjelasan.
”Zul beritahu aku, Hakim macam cacing kepanasan, sebab dah 2,3 hari tak dapat nak contact kau,”benarkah begitu? Bukankah dia sudah ada kekasihnya di sisi? Untuk apa lagi aku di carinya?
Tanpa sedar, aku mencebik mendengar kata ika. Ika yang terkejut dengan reaksiku itu lantas mencubit lenganku. Aku mengaduh kesakitan. Bisanya masih tetap seperti dulu.
”Kau ni tak pernah berubah. Patutlah zul cakap kau ni kuat mendera,”aku mengerling ke arahnya. Bekas cubitannya tadi sudah membiru.
”Apa yang berlaku,?”tanpa mempedulikan omelanku, dia bertanya.
”Hani. Ada di KL,”jawabku ringkas. Aku tahu Ika akan faham apa yang telah terjadi.
”What? Aku tak tahu pula pasal ni,”tidak hairan kalau Ika tidak tahu, kerana aku sendiri tahu secara kebetulan.
”Aku ternampak dia dan Hani di Hilton 3 hari lepas masa aku ada temu janji dengan pihak Megah Holding,”Melihat sendiri kemesraan mereka, hatiku bagai di tusuk sembilu. Melihat Hakim ketawa riang di sisi Hani, aku terasa seperti pengacau dalam hubungan mereka. Dalam keadaan aku yang tidak menentu begitu, mujur sahaja temujanji itu di batalkan saat akhir kerana pegawai yang berurusan denganku mendadak mempunyai urusan peribadi. Satu kemujuran bagiku.
Ika memandangku dengan pandangan yang sukar untuk ku tafsirkan. Syafika, biarpun dia kurang bersetuju dengan perhubunganku dengan Hakim, adakalanya dia menjadi seorang sahabat yang begitu memahami situasi yang ku lalui.
”Aku tak kisah soal tu sebab aku tahu Hani lebih berhak pada dia, sedangkan aku bukan sesiapa pun. Tapi aku terasa hati,Ika. Sebelum tu, dah seminggu aku try call dia, tp tak dapat, adakalanya tak berjawab. At least, dia beritahu aku, supaya aku tak risaukan dia. Kalau dia beritahu yang Hani ada di sini, aku akan faham, aku tak akan ganggu masa dia dan Hani,”aku cuba bertahan untuk tidak mengalirkan air mata di depan Ika. Tapi dia lebih mengerti. Ika memelukku sebarang kata keluar dari mulutnya. Aku hanya memerlukan seorang pendengar, itu sudah memadai buatku masa ini.
”Kau tak boleh elakkan diri macam ni, Ain. Sekurang-kurangnya kau berterus terang dengan dia apa yang kau rasa,”melihat aku makin tenang, Ika bersuara.
”Tadi dia minta kau telefon dia semula. Kalau tak dia nak datang sini, datang jumpa kau. Kau fikirlah baik-baik,”dia menepuk bahuku perlahan sebelum melangkah keluar.
Aku kembali menghadap laptop. Beberapa ulasan dari pengikut blog membuatkan aku menarik nafas panjang. Ada yang meminta aku bersabar, ada yang mengutuk tindakanku, ada yang meminta aku melupakan hakim. Tetapi ada satu yang membuatkan aku tertarik. Iris.. apa yang pasti, dia memang pengikut setia blogku. Setiap kali, dia pasti ada untuk memberikan kata-kata perangsang atau nasihat padaku. Iris, aku tidak pernah tahu dia lelaki atau perempuan, tapi ada sahaja madah atau kata-katanya yang membuatkan aku merasa tenang.

Iris commented:
It’s hard to pretend you love someone when you don’t but its harder to pretend that you don’t love someone when you really do…

Benar kata-katanya itu. Sakit rasanya dada mengenangkan dia bersama orang lain. Bila dia bercerita tentang impiannya untuk mengahwini Hani dalam masa terdekat ini, aku hanya mendengar. Sesekali aku mengusiknya, supaya cepat-cepat menyimpan duit, bimbang bunga yang di puja terlepas di tangan orang. Walhal di dalam hati hanya Allah yang tahu, apa yang bergolak di saat aku menuturkan semua itu.
Kami jarang berbicara tentang perasaan, mungkin boleh di katakan di dalam perbualan kami banyak yang berkisarkan kehidupan kami sendiri. Dia kerap bercerita tentang perancangan bisnesnya, masalahnya dengan keluarga, dan juga masalah kewangan yang kerap menghimpitnya. Begitu juga aku. Berbual dengannya seolah-olah hilang tekanan yang aku alami seharian. Jika aku berada dalam keadaan tertekan, dia insan pertama yang ku cari. Dia tak perlu berbuat apa, cuma perlu meminjamkan telinganya untuk mendengar apa yang ingin aku katakan.
Getaran dari hanset mematikan lamunanku. Tertera nama Hakim di skrin. Aku menghela nafas panjang. Sebolehnya aku cuba bertenang. Mengawal segala rasa yang ada.
”Hello,” aku cuba berlagak seakan tiada apa-apa
”Hello, Qaseh. Kenapa awak buat saya macam ni,”aku memejamkan mata. Sungguh aku benar-benar merindukan suara ini.
”Sorry.. sejak kebelakangan ni, saya agak busy. Saya minta maaf buat awak risau,”biarlah ini yang menjadi jawapan, walaupun aku tahu dia tidak akan percaya. Tapi Hakim tetap hakim, dia tidak akan mendesak kalau aku tidak ingin bercerita.
”Hm, ok. Kita jumpa, saya rindukan awak,”biasanya jika dia berkata begitu, aku akan tergelak dan membalasnya dengan ucapan yang sama. Tapi kali ini, aku terasa seperti ada belati tajam yang menghiris. Aku cuma diam. Tidak sedarkah dia yang aku makin terluka.
”awak,”panggilnya lagi, mungkin kerana tiada sebarang tindak balas dariku.
”Ye, saya ada. Saya rasa tak boleh,lah. Saya ingat nak berehat kat rumah hari ini,”bukan aku tidak merindukannya tapi aku masih tidak mampu untuk berhadapan dengannya.
”Qaseh,please. Saya betul-betul rindukan awak,”sekali lagi dia merayu. Dan aku seperti biasa mengalah apabila dia merayu.
”Ok, pukul berapa awak nak datang?”mungkin aku patut selesaikan apa yang terbuku seperti apa yang di katakan Ika.
”15 minit lagi saya sampai,”balasnya bersahaja.
”Ha?”aku terlopong mendengar jawapannya
”I’m driving right now. On the way ke rumah awak, sayang,”jawabnya di iringi ketawa kecil.
“Awak ni,kan,”aku mengetap bibir. Geram. Ada sahaja tindakannya yang di luar jangka.
”saya tahu awak takkan menolak permintaan saya. Itu sebabnya saya sayangkan awak,”suaranya bertukar serius. Sayang? Tapi jasadnya bukan milikku. Talian ku matikan.

Drive leklok. Kl awak kn tggu lama nnt, itu salah awak:P

Sms itu ku hantar pada Hakim. Aku tidak perlu menunggu lama untuk menerima balasannya.

Ok,sayang. Take ur time

No comments:

Post a Comment