Pages

Monday, February 15, 2010

Hanya dia....

Kenapa aku merasa sakit sekarang..kenapa aku merasa amat pedih sekarang..kenapa air mata yg ada tak pernah berhenti mengalir..aku cuma nak dia.aku tak nak org lain..aku nak dia dgr apa yg ada dlm hati aku skrg..aku nak dgr suara dia supaya aku rasa aku ada tempat untuk berpaut..i really need him rite now..abang,tlg buangkan sgala kesakitan yg syg rasa sekarang ni..tlg lafazkan sesuatu yg bisa buat syg tenang di sini....tp aku tahu itu mustahil..knp aku terasa aku dah kehilangan dia..

hari yg sgt teruk..mungkin..

aku tgh serabut..aku tgh keliru..n seseorg yg aku anggap spt abg aku sndri..yg ckp yg dia anggap aku ni spt adik tergamak menipu aku tentang sesuatu yg sgt besar..yg sgt pntg..knp?? atas dasar persahabatan....nonsense!!!
yg paling teruk,dia yang aku harapkan agar ada di sisi aku skrg langsung aku tak dapat hubungi...langsung tak dapat aku pinjamkan telinganya untuk aku berkongsi apa yg aku rasa..ianya sgt2 teruk aku rasa..
adakah ini petunjuk?adakah ini petanda? Yang di berikan oleh DIA??

Sunday, February 14, 2010

aku takkan bersuara


bukan aku tak nak percaya tp bgaimana kl situasi tak pernah mnyebelahi dia..
kl btl dia sygkan aku knp terlalu byk pkara yg mmbuatkan aku semakin ragu..
knp?? adakah kerana perasaan syg yg smakin bcmbah,aku perlu ketepikan smua yg aku rasa sekarang??
Ya Allah,tunjukkan aku tentang kebenaran yg tersembunyi..tunjukkan hakikat yang sebenar..jika benar DIA jodohku,aku tulung rusuknya yang hilang itu,hilangkan segala perasaan raguku ini,kuatkan rasa cintaku padanya tp jika dia bukan jodohku..matikan segala perasaan yg ada untuknya..jauhkan ingatanku dr dirinya..sesungguhnya engkau yang maha mengetahui perjalanan setiap hambamu..amin.

Thursday, February 11, 2010




Jangan pernah lepaskan tangan saya..saya takut kalau saya jatuh sekali lagi,saya takkan pernah bangun kembali

Soal Hati Ep 2

Bab 2

Sudah hampir tiga hari, aku tidak berhubung dengannya. Kejadian di restoran tempoh hari betul-betul mengusik hatiku. Patutlah panggilanku tidak berjawab, patutlah SMSku tidak berbalas. Terasa diriku seakan di permainkan, di pergunakan olehnya. Mungkin benar kata Ika, aku hanya teman di kala dirinya kesunyian, di saat hatinya di hinggap rasa sepi. Jadi, masihkah aku ingin terus bertahan dan terus di perlakukan seperti manusia yang tiada perasaan. Panggilannya yang masuk ku biarkan. Sengaja nada dering ku setkan kepada silent mode.
Aku telah tahu hakikatnya tapi kenapa hatiku tetap terasa pedihnya. Ya Allah, inikah balasanku kerana aku tega menyakitkan hati perempuan lain. Ya Allah, engkau jua yang hadirkan perasaan ini dalam hatiku, engkau jua yang berhak matikannya.
”Ain,”Ika berdiri di pintu bilikku dengan hanset di tangannya. Bibirnya mengungkapkan nama Hakim. Aku mengelengkan kepala, isyarat tidak mahu menerima panggilan itu. Dahinya berkerut. Pelik dengan sikapku agaknya. Tapi dia tetap akur.
”Sorry,kim. Ika tidurlah. Hm, ok,nanti I beritahu dia. Ok, bye,”Ika merenungku tajam. Dan aku tahu dia meminta aku memberinya penjelasan.
”Zul beritahu aku, Hakim macam cacing kepanasan, sebab dah 2,3 hari tak dapat nak contact kau,”benarkah begitu? Bukankah dia sudah ada kekasihnya di sisi? Untuk apa lagi aku di carinya?
Tanpa sedar, aku mencebik mendengar kata ika. Ika yang terkejut dengan reaksiku itu lantas mencubit lenganku. Aku mengaduh kesakitan. Bisanya masih tetap seperti dulu.
”Kau ni tak pernah berubah. Patutlah zul cakap kau ni kuat mendera,”aku mengerling ke arahnya. Bekas cubitannya tadi sudah membiru.
”Apa yang berlaku,?”tanpa mempedulikan omelanku, dia bertanya.
”Hani. Ada di KL,”jawabku ringkas. Aku tahu Ika akan faham apa yang telah terjadi.
”What? Aku tak tahu pula pasal ni,”tidak hairan kalau Ika tidak tahu, kerana aku sendiri tahu secara kebetulan.
”Aku ternampak dia dan Hani di Hilton 3 hari lepas masa aku ada temu janji dengan pihak Megah Holding,”Melihat sendiri kemesraan mereka, hatiku bagai di tusuk sembilu. Melihat Hakim ketawa riang di sisi Hani, aku terasa seperti pengacau dalam hubungan mereka. Dalam keadaan aku yang tidak menentu begitu, mujur sahaja temujanji itu di batalkan saat akhir kerana pegawai yang berurusan denganku mendadak mempunyai urusan peribadi. Satu kemujuran bagiku.
Ika memandangku dengan pandangan yang sukar untuk ku tafsirkan. Syafika, biarpun dia kurang bersetuju dengan perhubunganku dengan Hakim, adakalanya dia menjadi seorang sahabat yang begitu memahami situasi yang ku lalui.
”Aku tak kisah soal tu sebab aku tahu Hani lebih berhak pada dia, sedangkan aku bukan sesiapa pun. Tapi aku terasa hati,Ika. Sebelum tu, dah seminggu aku try call dia, tp tak dapat, adakalanya tak berjawab. At least, dia beritahu aku, supaya aku tak risaukan dia. Kalau dia beritahu yang Hani ada di sini, aku akan faham, aku tak akan ganggu masa dia dan Hani,”aku cuba bertahan untuk tidak mengalirkan air mata di depan Ika. Tapi dia lebih mengerti. Ika memelukku sebarang kata keluar dari mulutnya. Aku hanya memerlukan seorang pendengar, itu sudah memadai buatku masa ini.
”Kau tak boleh elakkan diri macam ni, Ain. Sekurang-kurangnya kau berterus terang dengan dia apa yang kau rasa,”melihat aku makin tenang, Ika bersuara.
”Tadi dia minta kau telefon dia semula. Kalau tak dia nak datang sini, datang jumpa kau. Kau fikirlah baik-baik,”dia menepuk bahuku perlahan sebelum melangkah keluar.
Aku kembali menghadap laptop. Beberapa ulasan dari pengikut blog membuatkan aku menarik nafas panjang. Ada yang meminta aku bersabar, ada yang mengutuk tindakanku, ada yang meminta aku melupakan hakim. Tetapi ada satu yang membuatkan aku tertarik. Iris.. apa yang pasti, dia memang pengikut setia blogku. Setiap kali, dia pasti ada untuk memberikan kata-kata perangsang atau nasihat padaku. Iris, aku tidak pernah tahu dia lelaki atau perempuan, tapi ada sahaja madah atau kata-katanya yang membuatkan aku merasa tenang.

Iris commented:
It’s hard to pretend you love someone when you don’t but its harder to pretend that you don’t love someone when you really do…

Benar kata-katanya itu. Sakit rasanya dada mengenangkan dia bersama orang lain. Bila dia bercerita tentang impiannya untuk mengahwini Hani dalam masa terdekat ini, aku hanya mendengar. Sesekali aku mengusiknya, supaya cepat-cepat menyimpan duit, bimbang bunga yang di puja terlepas di tangan orang. Walhal di dalam hati hanya Allah yang tahu, apa yang bergolak di saat aku menuturkan semua itu.
Kami jarang berbicara tentang perasaan, mungkin boleh di katakan di dalam perbualan kami banyak yang berkisarkan kehidupan kami sendiri. Dia kerap bercerita tentang perancangan bisnesnya, masalahnya dengan keluarga, dan juga masalah kewangan yang kerap menghimpitnya. Begitu juga aku. Berbual dengannya seolah-olah hilang tekanan yang aku alami seharian. Jika aku berada dalam keadaan tertekan, dia insan pertama yang ku cari. Dia tak perlu berbuat apa, cuma perlu meminjamkan telinganya untuk mendengar apa yang ingin aku katakan.
Getaran dari hanset mematikan lamunanku. Tertera nama Hakim di skrin. Aku menghela nafas panjang. Sebolehnya aku cuba bertenang. Mengawal segala rasa yang ada.
”Hello,” aku cuba berlagak seakan tiada apa-apa
”Hello, Qaseh. Kenapa awak buat saya macam ni,”aku memejamkan mata. Sungguh aku benar-benar merindukan suara ini.
”Sorry.. sejak kebelakangan ni, saya agak busy. Saya minta maaf buat awak risau,”biarlah ini yang menjadi jawapan, walaupun aku tahu dia tidak akan percaya. Tapi Hakim tetap hakim, dia tidak akan mendesak kalau aku tidak ingin bercerita.
”Hm, ok. Kita jumpa, saya rindukan awak,”biasanya jika dia berkata begitu, aku akan tergelak dan membalasnya dengan ucapan yang sama. Tapi kali ini, aku terasa seperti ada belati tajam yang menghiris. Aku cuma diam. Tidak sedarkah dia yang aku makin terluka.
”awak,”panggilnya lagi, mungkin kerana tiada sebarang tindak balas dariku.
”Ye, saya ada. Saya rasa tak boleh,lah. Saya ingat nak berehat kat rumah hari ini,”bukan aku tidak merindukannya tapi aku masih tidak mampu untuk berhadapan dengannya.
”Qaseh,please. Saya betul-betul rindukan awak,”sekali lagi dia merayu. Dan aku seperti biasa mengalah apabila dia merayu.
”Ok, pukul berapa awak nak datang?”mungkin aku patut selesaikan apa yang terbuku seperti apa yang di katakan Ika.
”15 minit lagi saya sampai,”balasnya bersahaja.
”Ha?”aku terlopong mendengar jawapannya
”I’m driving right now. On the way ke rumah awak, sayang,”jawabnya di iringi ketawa kecil.
“Awak ni,kan,”aku mengetap bibir. Geram. Ada sahaja tindakannya yang di luar jangka.
”saya tahu awak takkan menolak permintaan saya. Itu sebabnya saya sayangkan awak,”suaranya bertukar serius. Sayang? Tapi jasadnya bukan milikku. Talian ku matikan.

Drive leklok. Kl awak kn tggu lama nnt, itu salah awak:P

Sms itu ku hantar pada Hakim. Aku tidak perlu menunggu lama untuk menerima balasannya.

Ok,sayang. Take ur time

Soal Hati Ep 1

Bab 1

Sekali lagi air mataku jatuh hari ini, aku sendiri tidak mengerti kenapa aku tetap memilih dia walaupun aku tahu kesudahannya takkan pernah memihak pada aku. Yang pasti mencintainya hanya membawa aku kepada kelukaan yang tidak berpenghujung. Tapi hendak di buat apa lagi, jika hati ini terus memilih dirinya. Dalam kepedihan yang aku lalui, terselit seribu keindahan bila aku bersama dengannya. Kenyataan dirinya milik orang telah aku ketahui sedari awal lagi. Tapi entah mengapa, aku terus membiarkan hatiku membenihkan rasa cinta yang aku tahu tidak pernah akan ada penghujungnya. Hati ini tetap ingin mengasihi dirinya walaupun aku tahu hakikat yang sebenar.. Aku dan dia? Entah, aku tak dapat nak menafsirkan apa hubungan kami. Yang aku tahu aku dan dia saling menyayangi. Tapi hubungan kami tidak bernama. Kekasih bukan, kawan pun bukan. Kami gemar menjadikan istilah ’teman tapi mesra’ satu bahan jenaka bila sama-sama berbicara tentang ikatan ini. tapi aku tahu di sudut hati masing-masing tersayat pedih. . Aku dan dia masih perlu menjaga hati ramai orang. Dan aku sendiri tidak ingin melukakan hati perempuan yang bertakhta terlebih dahulu di hatinya.Seringkali perkataan ’kalau’ menjadi satu perbualan kami......
kalau saya berjumpa awak setahun yang lalu,
kalau dia bukan kekasih saya,
kalau saya dan dia berpisah....
Tapi itu semua ’kalau’.. aku tahu dia takkan pernah tega memungkiri janji yang pernah di lafazkannya.. itu satu keistimewaan dia di mataku.
Dan aku hanya menjawab ringkas..
Pasti ada sebab knp kita di temukan..cukuplah kita tahu kita ada di hati masing-masing. Lihat dalam hati bukan pada ikatan yang terjalin antara kita...
Mendengar jawapanku, dia akan mengeluh panjang..dengan perlahan, dia bersuara, saya tahu saya tidak akan memiliki awak...dan saya banyak menyakitkan hati awak,kan.
Apa lagi yang dia inginkan, bukankah aku cuba untuk menjadi teman yang baik untuknya. Aku ingin menangis, tapi bukankah jalan ini yang aku pilih. Aku ingin menjerit marah apabila ku tahu dia bersama kekasih hatinya, tapi apa hakku. Aku ingin meluahkan rasa cemburuku setiap kali panggilan telefonku tidak bersambut tapi siapa aku untuk berbuat begitu.
Saat itu, mahu saja aku luahkan perasaan yang terbuku di hati tapi aku tidak mahu membuat dia gusar, aku tidak mahu melihat dia resah..cukuplah dengan masalah yang sedia ada. Aku tak mahu menjadi taufan yang menghancurkan hidupnya tapi aku mahu menjadi matahari yang menyinari siangnya, menjadi fajar yang mendamaikan resahnya......
Dan sehingga satu masa, bila ku tahu dia tidak lagi memerlukan aku, aku akan belajar melepaskan dia pergi dari hatiku, belajar untuk tidak lagi hadir dalam hidupnya..dan sehingga waktu itu, aku tetap akan setia menemaninya.


Aku mengeluh kesekian kalinya. Entry yang tertera di blog peribadiku itu aku tatap sekali lagi sebelum aku tekan kekunci ENTER. Hanya ini saja caranya untuk aku meluahkan apa yang aku rasa. Mengadu pada teman baikku, Ika, kukira bukan satu cara yang baik sementelah ika tak pernah menyetujui perhubungan aku dan dia.
”Ain, jom makan. Aku dah siap masak,”suara Ika mengejutkan aku.
Beberapa ulasan dari pengikut blog, ku biarkan dulu. Hari ini giliran ika untuk memasak. Aku hanya membantu menyediakan bahan untuknya memasak sebelum aku mandi tadi. Ayam masak merah,kangkung goreng belacan, dan ikan terubuk bakar, sudah cukup menaikkan seleraku, apatah lagi sedari tengahari lagi aku tidak menjamah apa-apa makanan. Leka dengan kesibukan kerja membuatkan aku lupa dengan perut yang meminta di isi.
”Nora tak balik lagi?,”soalku padanya sebelum mengerling jam di dinding. Pukul 8.
”Dia call tadi beritahu dia terperangkap dalam jam. Dia suruh kita makan dulu, aku dah simpankan lauk untuk dia,”bekerja sebagai setiusaha membuatkan nora sering saja terpaksa bekerja lebih masa.
”Dah tetapkan tarikh perkahwinan kau dengan Zul?”keceriaan di wajah ika membuatkan aku sedikit cemburu. Cemburu dengan dirinya yang telah menemui pasangan yang serasi dengannya. Sedangkan aku masih terkapai-kapai begini.
”Hm, insyallah, cuti sekolah bulan depan. Kau pun tahu waktu macam tu je senang sikit, ramai saudara mara yang boleh datang,”aku menganggukkan kepala, sudah menjadi kelaziman, ramai orang memilih musim cuti sekolah atau musim raya untuk mendirikan masjid.
”Eh, pastikan kau cuti waktu aku kahwin tu. Kalau boleh aku nak kau stay kat rumah aku sebelum kenduri tu,”sudah acap kali dia mengingatkan aku tentang hal itu.
”Nanti kau dah confirm tarikh tu, beritahu aku cepat-cepat. Senang aku nak apply cuti dan arrange schedule,”aku menambah nasi dalam pinggan. Ika hanya memerhati tingkahku.
“Kau ada masalah?”soalnya tiba-tiba. Aku tersentak.
”Pasal hakim,kan. Kau patut beri peluang pada lelaki lain untuk berada dalam hati kau, Ain,”ika, kenapa kau tidak ingin mengerti.
”Aku dengan dia hanya berkawan, ika. No heart feeling,k,”ika tersenyum sinis dengan jawapanku.
”No heart feeling konon. Tapi yang kau duk berendam air mata malam-malam tu apa. Bukan makan hati berulang jantung ke,”aku diam sambil tanganku terus menyuap nasi ke mulut. Terasa kesat.
”Aku tahu dia baik, memahami kau tapi kau sendiri tahu,kan keadaannya. Walau sayang bagaimana pun dia pada kau, dia takkan tinggalkan makwe dia di sabah tu untuk bersama kau. Aku tak nak kau kecewa,Ain,”aku lebih tahu hakikat itu, ika. Aku lebih tahu tentang semua itu.
”Ika,aku tahu. Aku tak pernah letakkan sebarang harapan pada dia. Cuma mungkin sekarang dia lelaki yang rapat dengan aku. Kau jangan risau, aku takkan biarkan diri aku kecewa,”hipokritkah aku bila berkata begitu? Bohongkah aku bila aku berjanji begitu sedangkan di dalam hatiku kini berperang dengan rasa kecewa yang maha hebat?
Aku dengan hakim tak pernah berjanji apa-apa antara kami. Cuma aku yang seolah berdegil seakan tidak mahu membenarkan mana-mana lelaki muncul dalam hidupku. Aku menerima seadanya mereka sebagai kawan tapi apabila ada yang ingin melangkaui batasan sebagai seorang kawan, aku mengelak.
Hakim, teman serumah Zul, tunang sahabatku ini. Dari situlah perkenalan kami. Mungkin kerana dengan sikapku yang agak ramah apabila di dekati, membuatkan hubungan kami cepat bertambah mesra. Katanya, dia seronok berbual denganku. Adakalanya aku manja, adakalanya aku tegas, jika ada yang aku tidak suka tentang sesuatu perkara, aku pasti akan berbahas dengannya. Tapi, aku lebih gemar menyembunyikan perasaanku dari orang lain. Aku lebih suka mementingkan perasaan orang lain dari diri sendiri. Sewaktu dia memberitahu tentang penilaiannya tentang diriku, aku terdiam. Tidak menyangka sejauh itu dia memahami kerenahku biarpun waktu itu hanya seminggu perkenalan kami.
Itulah keistimewaan dirinya berbanding teman-teman lelakiku yang lain. Dia cukup tahu bagaimana keadaan diriku tika itu dengan hanya mendengar suaraku dari jauh. Jadi dengan sikapnya begitu, salahkah aku jika timbul perasaan amat menyayangi dirinya?

akhirnya....

akhirnya ada juga ye blog yang aku idamkan...:)